Tuesday, January 18, 2011

Petikan Kosmo! hari ini


Halia hutan cegah sel kanser pangkal rahim


DR. Ahmad Bustamam menunjukkan pek
vaksin merawat penyakit kanser daripada
ekstrak halia hutan di Serdang semalam.



SERDANG - Bahan ekstrak halia hutan atau lempoyang boleh digunakan sebagai penawar kanser pangkal rahim iaitu penyakit kedua paling ditakuti wanita selepas barah payu dara.
Penemuan itu adalah hasil penyelidikan selama 10 tahun Makmal Penyelidikan Kanser Makna, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mendapati tumbuhan herba liar tersebut terbukti mampu melawan sel kanser pangkal rahim pada peringkat awal.
Penyelidiknya, Dr. Ahmad Bustamam Abdul berkata, kajian makmal menunjukkan penggunaan spesies halia itu dalam dos yang betul boleh menyembuhkan penyakit dalam tempoh tidak sampai 72 jam.
Katanya, kajian praklinikal membuktikan sebatian semula jadi herba tempatan itu mampu menghalang perkembangan kanser sehingga fasa tiga.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Salah satu bahan ramuan Jamu Asli Indonesia ialah lempoyang. Terbukti.....

Thursday, July 29, 2010

JAMU ASLI INDONESIA. BAGAIMANA RAHSIANYA TERBONGKAR!


BERITA TERKINI: RESEPI JAMU ASLI INDONESIA DIBERI PERCUMA. SILA EMEL KEPADA myjamu2u@yahoo.com UNTUK MENDAPATKAN RESEPI INI. 


Ini perihal JAMU Asli Indonesia yang telah mengubah persepsi saya terhadap perubatan tradisional. Jangan sekali-kali anda memandang remeh akan penemuan cara perubatan tradisional ini kerana kisah selanjutnya adalah cerita peribadi saya yang amat menakutkan dan menakjubkan.


Sesuatu kejadian yang hampir meragut nyawa saya pada tahun 1987 iaitu apabila saya disahkan menghidap Hepatitis B atau sebutan lain Penyakit Kuning atau Kanser Hati. Kesakitan yang amat sangat apabila hulu hati saya membengkak menyebabkan saya tidak berdaya untuk makan dan lama-kelamaan tubuh menjadi lesu dan kurus kering.


Minggu pertama saya di salah sebuah hospital kerajaan, saya diberi rawatan yang tidak menampakkan kesan pemulihan. Menyebabkan saya semakin sakit dan bola mata dari kuning menjadi hijau. Seluruh badan bertukar menjadi kuning. Dengan hati yang berat, saya telah meminta untuk dipulangkan ke rumah. Isteri saya (bangsa Indonesia) yang begitu gusar melihat keadaan saya telah membeli ramuan asli untuk membuat jamu yang diajar oleh ibunya. Ibu mertua saya adalah penjual jamu yang terkenal di Medan, Sumatera Barat, Indonesia. Isteri saya dengan sedaya upaya memaksa saya untuk meminum jamu yang disediakannya. Saya telah diberi minuman tersebut pada waktu pagi, tengahari dan malam.


Dengan tidak disangka-sangka saya telah bertenaga untuk bergerak dan makan. Pada hari ketiga saya telah mampu untuk senyum lebar kerana kesihatan saya telah bertambah pulih. Inilah saat-saat yang amat menggembirakan dan selalu menjadi satu kenangan manis buat saya dan isteri tersayang. Dan pengalaman ini ingin saya kongsi bersama anda apalagi mendengar berita ramai pengidap penyakit Hepatitis atau Penyakit kuning sukar untuk sembuh menyebabkan ramai diantara mereka maut di usia yang muda.


Bagi anda semua, jangan memandang sebelah mata akan cara tradisional ini apalagi minuman Jamu Asli Indonesia yang jarang disukai oleh ramai penduduk.


Selanjutnya, saya ingin menceritakan perihal khasiat Jamu Indonesia yang saya amalkan selepas kejadian yang menakjubkan itu. Umur yang hampir menjengah setengah abad tetapi tampak 20an!!!


Mendapat 3 cahayamata puteri yang gedik amat mengembirakan saya, apalagi saat-saat mereka menimba ilmu di alam persekolahan. Cerita mengenai perihal saya sering diucapkan oleh puteri-puteri saya apabila saya melawat mereka atau menemui guru mereka untuk mengetahui keputusan peperiksaan penggal. Saya sering dicapkan sebagai abang atau teman istimewa mereka menyebabkan pipi puteri-puteri saya bertukar merah. Pulang sekolah puteri-puteri saya menceritakan perihal teman atau guru mereka yang ingin mengetahui siapakah gerangan yang hadir disisi mereka. "Abang kamukah? atau "Boyfriend you ke?", butiran kata yang selalu saya dengar apabila mereka berceloteh. Inilah rahsia yang amat istimewa yang ingin saya kongsi bersama anda. Jangan lupa untuk mendapatkan rahsia Jamu Indonesia.


BERITA TERKINI: RESEPI JAMU ASLI INDONESIA DIBERI PERCUMA. SILA EMEL KEPADA myjamu2u@yahoo.com UNTUK MENDAPATKAN RESEPI INI. 


Seterusnya, saya ingin memberitahu khasiat-khasiat yang boleh diperolehi daripada Jamu Asli Indonesia. Selain daripada menjadi awet muda, wanita juga mendapat banyak khasiat daripada jamu ini. Bagi mereka yang baru bersalin, selain tampak sihat, jamu ini merawat dalaman rahim dan juga segera menyembuh pangkal rahim. Anda pasti puas hati dengan ramuan jamu ini kerana jelas kegunaan oleh pengguna utamanya, isteri saya.


Puteri-puteri yang telahpun meningkat remaja amat digalakkan mengamalkan minuman Jamu Asli Indonesia kerana kesannya menjangkau ke usia dewasa hingga hujung usia. Pulangan hasil mengatasi wang atau kekayaan lain.


Akhir kalam, jadilah Jamu Asli Indonesia teman sejati anda untuk penghidupan yang lebih harmonis. Terima kasih kerana menatap ruangan ini dan jangan lupa mendapatkan resepi Jamu Asli Indonesia.


BERIKUT ADALAH PERTANYAAN DARIPADA PENERIMA RESEPI (FA, KUALA LUMPUR) & JAWAPAN SAYA :-


1. Bolehkah diminum oleh remaja atau wanita yang belum berkahwin? Ada kesan sampingan?


- Amat digalakkan kerana mengikut isteri saya ibunya memberi minum jamu itu sebaik saja dia mendapat haid. Tiada kesan sampingan.


2.Bolehkah wanita yang sedang datang haid minum jamu tersebut?


- Amat digalakkan kerana jamu itu akan menyucikan darah-darah kotor. Sebab itu orang yang lepas bersalin mesti minum jamu untuk menghilangkan baki kesan-kesan darah di dalam rahim.


3. Bolehkah orang yang menghidap sakit sendi minum jamu ini?


- Kebiasaannya orang yang penat bekerja akan mengalami sakit sendi-sendi. Jamu ini akan melancarkan darah dan ia membuat anggota badan kita lega dan ringan.


4. Ada apa-apa kesan sampingan terhadap penggunaan jamu ini?


- Saya dan isteri telah lama menggunakan jamu ini. Saya tidak nampak kesan sampingan yang buruk. Kami mengamalkannya setiap 2 atau 3 bulan sekali (seminggu).


3. Bolehkah orang yang menghidap darah tinggi minum jamu tersebut? Kerana Jamu panas, jadi adakah sesuai ia diminum oleh pesakit darah tinggi?


- Sebaiknya tidak diamalkan.


6. Bolehkah wanita hamil minum jamu tersebut? Adakah akan menjejaskan kandungan?


- Sebaiknya tidak diamalkan.




BERITA TERKINI: RESEPI JAMU ASLI INDONESIA DIBERI PERCUMA. SILA EMEL KEPADA myjamu2u@yahoo.com UNTUK MENDAPATKAN RESEPI INI.